Soal Jawab





Soalan : Setelah pendaftaran, apakah yang perlu saya lakukan untuk menjalankan bisnes topup ini?
Jawapan : Anda perlu tambah modal terlebih dahulu.

Soalan : Bagaimana untuk tambah modal?
Jawapan : Sila rujuk bahagian tambah modal atau klik sini.

Soalan : Kemudian?
Jawapan : Setelah tambah modal dibuat, server akan memasukkan jumlah tambah modal tadi ke dalam akaun topup anda. Katakan anda memulakan modal dengan RM100 terlebih dahulu. Maka nilai yang akan terpapar dalam akaun topup anda adalah RM100.

Soalan : Berapakah kadar minima nilai tambah modal?
Jawapan : Kadar minima adalah RM30.

Soalan : Bagaimana urusan jual beli topup dijalankan?
Jawapan : Gunakan kod produk dan format yang diberikan dan hantar SMS ke nombor gateway. Anda juga boleh menggunakan online webserver dan aplikasi android.

Soalan : Adakah saya akan menerima keuntungan jualan secarai tunai? Bagaimana?
Jawapan : Ya. Katakan ada seorang customer mahu membeli topup bernilai RM10. Kos untuk topup ini akan ditolak dari akaun topup anda. Customer pula akan membayar tunai kepada anda. Maka anda akan dapat keuntungan tersebut secara tunai. Baki dalam akaun topup anda akan dipaparkan setelah tolak kos tadi.

Soalan : Jika begitu, berapa kos yang akan ditolak dan berapa pula keuntungannya?
Jawapan : Kos dan keuntungan adalah berbeza mengikut telco dan jenis produk.

Contoh : 
~ Baki dalam akaun topup anda RM100
~ Ali mahu membeli topup Celcom RM30
~ Kos untuk Celcom RM30 adalah RM30.30.
~ Ali bayar harga topup RM31.80 kepada anda (*RM31.80 adalah market price)
~ Untung anda adalah, harga jualan (RM31.80) tolak kos (RM30.30) = RM1.50

Soalan : Adakah harga jualan topup telah ditetapkan?
Jawapan : Harga jualan topup anda yang tentukan. Jika nak dapat keuntungan,
harga jualan mestilah melebihi kos. Dan jika nak dapatkan keuntungan seperti
peratus yang ditetapkan untuk anda, anda mestilah menjual pada kadar market price.

Soalan : Adakah kredit akan ditolak jika topup menggunakan SMS?
Jawapan : Ya. Kredit anda akan ditolak mengikut kadar caj SMS telco yang anda guna. Walaubagaimanapun, anda boleh menggunakan cara online webserver dan aplikasi android untuk mengelakkan kredit anda ditolak.

4 comments:

  1. Jika anda ada soalan selain soalan-soalan diatas, sila kemukakan disini...Terima kasih..

    ReplyDelete
  2. BagĂ imana kaedah untuk jual top up menggunakan wechat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaedahnya sama dengan jual topup menggunakan SMS. Yang penting sila add contact Myprepaid2u terlebih dahulu ke dalam wechat anda. T.kasih

      Delete
  3. BagĂ imana kaedah untuk jual top up menggunakan wechat

    ReplyDelete